Perjalanan seorang pesakit (SLE) transplant kidney dalam mencari kerja

 Assalamualaikum dan selamat petang,nama saya Sofia,saya ada la perjuang pesakit yg mengidap SLE yg telah berjaya melalui proses permindahan buah pinggang,setelah 13 tahun bertarung dalam rawatan dylisis (cuci buah pinggang )..Pada awal waktu umur saya dalam 5 tahun,saya di dignose menghidapi SLE yang hanya menyerang buah pinggang saya setelah melakukan 3 kali biospy,dan bermula la rawatan,ubatn ubatan dan oppoiment jumpa doktor sebulan sekali untuk melihat perkembangan status SLE  yang saya hidapi,selepas umur saya 16 tahun,saya mula bosan untuk meneruskan memakan ubat ubatan yang telah di arahkan oleh doktor,seperti ubat Prednisolone (untuk nyahaktifkan SLE, lasix (untuk melancarkan kencing) sbb badan saya bengkak,dan ubat darah tinggi  3 jenis,tapi saya lupe name ubat tu😅,dan saya amik keputusan untuk berhenti makan ubat ubatan dan follow up dengan doktor di Pediatrik (HKL)..selepas setahun saya tinggalkan segala ubatan yang perlu saya makan dan follow up doktor,pertengahan tahun 2006,kalau saya tak silap 😅😅 maafla saya pelupe sket,maklum la banyak makan ubat😅..dua minggu nak menduduki SPM saya tak mampu nak bangun dari katil,makan apetah lagi bile saya pakse untuk makan akan muntah darah,selame 2 minggu saya kurungkan diri saya dalam bilik,tanpa pengetahuan family saya,setelah saya dah betul² tak mampu untuk bertahan lagi,saya meminta mak saya untuk membawa saya kembali ke hospital Pediatrik Hkl,setelah sampai saya dah tidak  sedar,dan bile sahaja sedar,saya sudah melalui rawatan dylisis ( cuci darah) di leher,dan Allah Maha Baik sebab DIA bagi saya peluang lagi Untuk melihat keindahan alam Ciptaannya..kata doktor saya masih ada rezeki dalam dunia ni,sebab kreatine saya waktu tu,3000 lebih kalau ikutkan dah takde dah saya time tu😂..selepas itu bermula la rutin harian saya menjalani rawatan dylisis seminggu 3 kali di hospital ampang selama 13 tahun..setelah bertahun mencuba melalui proses proses untuk permindahan buah pinggang,akhirnya saya berjaya dalam proses permindahan buah pinggang di hospital PPUM,dan sekarang saya 2 bulan sekali akan ada oppoiment di PPUM seperti mengambil darah untuk check segala berkaitan kidney baru saya,berjumpa doktor dan mengambil / membeli stok stok ubat yang perlu saya makan seumur hidup..dan selepas beberapa tahun berehat,saya cuba mencari kerja untuk kelangsungan hidup saya,tapi mungkin bukan rezeki saya lagi kot😅,setiap kali saya pergi interview kerja,dan saya memberitahu status kesihatan saya,yang perlu jumpa doktor,dua bulan sekali dan perlu makan ubat seumur hidup,automatik syarikat yg saya pergi untuk interview iaitu Hr cakap kite akan contact cik nanti,dan sampai la sekarang saya masih lagi dalam proses mencari kerja,dalam masa yang sama saya bekerja sebagai babysitter untuk adik saya,dan jugak partime volunter patient untuk exam student student medic dan jugak untuk doktor doktor yang sambung belajar untuk menjadi pakar di uitm sungai buluh dan selayang..Doakan saya semoga dipermudahkan urusan saya dalam mencari kerja yang lebih stabil gaji...terime kasih sebab sudi membaca blog saya🥰😊🫡

Comments